Tronoh pekan mati?

10:04 PM Posted In , , , , Edit This 2 Comments »


Lokasi pekan Tronoh diambil daripada Google Earth

Fakta dari Wikipedia : Tronoh @ Teronoh @ Ternoh @ Toronto(gelaran yg diberikan oleh student2 UTP dan UiTM:P) ialah pekan kecil melombong bijih timah yang terletak 30km dari bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak...kire2 kalo org Tronoh nak ke Ipoh masa perjalanan lebih kurang 40 minit..kalo memandu laju sikit boleh la dalam 20 minit sampai:)...tk jauh sgt la kirenye...Tetapi Tronoh dianggap pekan yg tak berapa nk glemer dikalangan rakyat Malaysia...Bagi mereka yg duduk di luar Perak mmg takkan tau...Kadang2 tuh yg duduk dlm perak biler tanyer Tronoh kt mane pon akan jawab 'Tronoh kt mane eh?'...ok berbalik pada fakta wikipedia berkenaan Tronoh...Pada awal kurun ke-20, industri bijih timah pada masa itu mmg tgh boom dan pada masa itulah jugak pekan Tronoh dr pekan yg kecil telah menjadi semakin maju...sumenyer dek kerana bijih timah yg aderlah...pada masa Pekan Tronoh mmg berada pada zaman kemuncaknya...

Pada masa tuh...pekan Tronoh menjadi pusat perlombongan bijih timah utama dimiliki oleh 'Tronoh Mines Company Ltd. Teraju utama syarikat itu adalah merupakan seorg saudagar cina yang amatlah kaya-rayanya dan beliau juga merupakan Kapitan Cina di Perak dan Malaya yg terakhir...'Chung Thye Pin nama diberi...Di sebabkan masa tuh Tronoh tersangatlah majunya sampai kan landasan keretapi pon dibina disitu..Tujuannya adalah untuk membawa bijih2 timah yg telah dilombong ke Ipoh...Landasan itu telah siap dibina pada tahun 1909...Tetapi pada masa perang dunia ke-2 tentera Jepun telah memusnahkan landasan tersebut...Sedikit demi sedikit kepentingan pekan Tronoh semakin merosot seiring dengan merosotnya industri perlombongan bijih timah...Sekarang pekan Tronoh telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pekan mati..yeke?

Bagi aku pekan Tronoh tak layak utk dapat gelaran pekan mati...bagi aku pekan Tronoh adalah pekan yg unik..walaupun di anggap kurang maju dr pekan Pusing, Bota, Parit (sbb Tronoh takde bank)...Pekan Tronoh sgt lengkap kalo dari segi mencari brg keperluan...ada pasar, kedai runcit, kedai ubat, bengkel motor, bengkel keta, kedai baiki tv, kedai makan, kedai 'hardware', kedai basikal, balai polis(usia dh lebih 100thn), pejabat pos dan byk lagilah...'Pekan Selasa' pasar pagi yg akan hanya pada hari selasa shj.. pekan ahad..pasar malam...yang bebetol membuatkan aku jatuh cinta akan pekan Tronoh nih adalah kedamaiannya...udara segarnya:)...bagi sesiapa yg berminat dengan rumah2 kedai cina lama sebelum merdeka yg semuanya dianggarkan telah berusia lebih dari 100 thn juga ada di Tronoh..

Aku sudah jatuh cinta dengan Tronoh...kalau diizinkan Tuhan insyaAllah akan menetap di sini sampai bila2...

Rumah kedai cina lame yg telah diubahsuai tetapi masih mengekalkan ciri2 yg asal
(Pemilik Encik Ahmad Bin Ya'akob bapa saya:P)

Fakta tk baper pelik tapi benar...Nama Tronoh diambil sempena kedatangan masyarakat Talu pada masa sebelum kurun ke-20...mereka yg meneroka tuh terdiri daripada teruna-teruna masyarakat Talu atau dalam dialek Talu 'Teruno' dan akhirnya telah diberi nama Tronoh:)
sumber: lisan-turun-temurun dari nenek moyang masyarakat Talu...

Oh yer hari ini hari cuti...aku sendiri...:)akibat kebosanan aku telah lakukan ini..sila lihat image dibawah...




Bunga kertas...
cara2 membuatnya sila ke sini-->bunga kertas
Bahan2 yg digunakan aku adalah sgt ekonomi...

1. dawai (lebihan bunga telur along (kakak ami)
2. bead  (lebihan bead ami buat gelang)
3. kertas (majalah lama)
4. gunting dan gam(mmg dh ader kt umah)

selamat mencuba:D

2 komen:

Kekanak Tokyo said...

ahhh..rindunya kat IPOH!!!

menarik plak baca pasal teronoh. menarik sebenornya teronoh tu yer.

Tapi yang umah kedai lama kat situ tu memang best la. memang sangat menggambarkan malaysia lama!

ninie.n.ami said...

ehehehe yer tronoh mmg menarik je sbnrnyer..ramai yg tk tahu...penah sampai sinih yer..nanti dh balik m'sia singgah le sini:D