Ko asal mana?

1:07 AM Edit This 2 Comments »
masa aku form3 masa tu 1997.. aku tuka skolah kat Bandar Baru Salak Tinggi. cikgu aku tanya aku asal mana. Memang aku malas nak jawab bila orang tanya soalan ni... sebab orang2 akan cuba figure out kat mana laaa Tronoh ni. patutnya dah tak tau sudah la.. mungkin awak tu yang tak luas pengetahuan dan mungkin jugak tempat asal aku ni memang tak glemer.. sebab kalau aku pun aku akan cakap.. 'oo kat ________ (sinun atau mana-mana j la tempat yang memang aku tak penah dengar pun) just nak jaga hati orang tu dan mungkin jugak untuk cover yang pengetahuan aku tak luas. Balik google laaa, apa susah kan.

ok berbalik pasal citer tadi.. bila cikgu aku tanya.. aku jawab la.. 'Tronoh' (mesti tak tau punya)

dan memang la dia tatau semacammana sangkaan aku tapi yang kurang ajarnya dia terus cakap
'Mesti kat ulu kan.. sebab tu saya tak tau..'

nama cikgu aku ni Cikgu 'Rasol'. cikgu disiplin merangkap cikgu bi kelas aku

tak rasol langsung kan budi pekerti dia.. huhu (aku tau aku tabaik kata camtu- towards the end of the year.. dia dah agak rasol sket ngan aku disebabkan beberapa perkara)

setelah hampir 11 tahun berlalu.. aku ingat aku dah terasa apa-apa lagi tentang isu 'tronoh tu kat mana ek' sampailah beberapa minit yang lalu bila aku terjumpa link blog http://tronohtheatershop.blogspot.com/(aku baru bukak blog ni) so for first impression.. aku ingat ada budak ciner tronoh nak bukak balik panggung wayang lama kat pekan tu.. ni menarik ni. aku pun click dan terbaca bahawasanya..

'Tronoh Theatre Shop (TTS) adalah sebuah kumpulan produksi tidak berdaftar dengan mana-mana pihak, tidak berlesen, tidak bayar cukai, tidak buat laporan; hanya bergiat aktif dalam pementasan teater terutamanya teater Melayu, persembahan 'mime', sketsa dan ada juga usaha untuk merakyatkan filem pendek di Malaysia...

dan perasaan yang agak hepi diawal petikan tu pudar terus bila baca ayat ending dia ...

.... TTS lahir di sebuah pekan kecil lagi terpencil di Tronoh, Perak dan idea penubuhannya .....'

aku tersedar.. ooo masih camtu rupanya... after 11 years.. tronoh masih lagi pekan terpencil rupanya.. tanpa bertanyakan founder organization tu, aku merasakan... mungkin dengan meletakkan adjektif sebegitu tentang tronoh lebih meninggikan nilai ingin tahu orang terhadap organization tu (contohnya untuk orang2 tempatan tronoh mcm aku ni), mungkin nama tronoh tu me'rhymes'kan nama organization tu dan mungkin orang luar akan lebih tertarik terhadap petikan itu sebab bila sebut nama tu adanya thots seperti..
ha? tronoh? tronoh pekan koboi tu? ada theatre project? eh series ke? camner beli tket dier?..

mungkin walaupun kurang rhymes dan kurang komersial dan kerana Tronoh Theatre Shop itu bukan pun diwar-warkan secara 'public-friendly' kepada Tronoh's locals... lebih elok namakan je organization tu UTP Theatre Shop (UTS)

mungkin aku agak sentimental

mungkin memang betul pun tronoh tu pekan kecil lagi terpencil

mungkin kerana aku mengharapkan... mungkin tronoh tempat aku dbesarkan boleh jadi lebih selain jadi objek gurauan kasar.. objek lomo.. objek untuk subjek freehand architecture students... objek untuk rhymekan nama persatuan... dan sebagainya

mungkin walaupun geram aku sebenarnya ambil berat pasal pekan 'lagi terpencil' ni..

mungkin walaupun dia 'lagi terpencil'.. dia bukan tak bermakna

atau mungkin ke lebih elok tronoh tu macam skarang

mungkin ke?

* dan selepas siap post ni baru aku perasan ada dah rupanya post dari knini tentang tronoh dalam version lebih polite.

2 komen:

sHa said...

ape-ape pon.
tronoh memang best!
:)

Ninie Ahmad said...

yer! saya sokong sama ami!...dtg Tronoh baru tau pekan koboi ke or pekan metropolitan:D